Monday 24 December 2012

KENAPA ISLAM HARAMKAN MELALUI BACKDOOR?


Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."


Menurut Ibnu Qayyim Al Jauzy, larangan berjimak melalui dubur kerana:-


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.


2. Isteri tidak dapat haknya kepuasan menikmati jimak sepenuhnya.


3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi tetapi tempat keluar najis.


4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya melalui lubang dubur.


5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.


6. Mendatangkan fobia atau rasa takut  kepada pasangan.


7. Merosakkan jiwa kedua-dua belah pihak kecuali bertaubat kepada Allah swt.


8. Wajah tidak berseri malah mendatang wajah yang kusam.


9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.


10. Menimbulkan kebencian sehingga membawa keruntuhan rumahtangga.

Sesama kita fikir tentang permasalahan ini

SEKIAN ...ADIOS AMIGOS

Tuesday 18 December 2012

RUKUN ISLAM YANG PERTAMA ( DUA KALIMAH SYAHADAH)

&sRamai kalangan muslim tahu dua kalimah syahadah akan tetapi sebilanganya tidak mendalami erti kalimah syahadah serta perkara yang membatalkanya. Mudah lafaz dua kalimah syahadah akan tetapi belum tentu mengetahui perkara yang boleh membatalkan syahadah yang boleh membawa kepada MURTAD ( terkeluar dari agama Islam ). Oleh itu marilah kita sesama melihat serta menghayati perkara yang boleh membatalkan kalimah syahadah kita ;

20 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN SYAHADAH.

1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
2. Ingkar nikmat Allah samada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang memerlukan kajian
3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah
4. Menggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia; bukannya mengikut kehendak Allah
5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya
6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam semua perkara.
7. Benci atau menentang satu-satu perkara mengenai agama Islam atau membenci agama Islam keseluruhannya
8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul
9. Menghina sesuatu daripada kitab dan sunnah atau orang-orang alim yang menegakkan atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya
11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah
12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang yang beraqidah dan mukmin
13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulallah S.A.W.
14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik
15. Menyatakan ayat-ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu, isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh sesetangah orang melalui ilham
16. Tidak mengetahui mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya
17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulallah S.A.W dengan betul atau menafikan sifat-sifat yang diberikan Allah kepada baginda
18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berpeang dengan mereka
19. Membuat sesuatu perkara bukan kerana Allah
20. Syirik kepada Allah

Elakan diri dari 20 perkara yag boleh membawa kepada batalnya Islam dalam diri kita. Muhasabah diri anda. Adakah kita pernah terlibat dengan 20 perkara tersebut dalam hidup ini yang hanya sementara sahaja , maka yang kekal selamanya di alam akhirat nanti. Renung - renungkanlah

NANTIKAN SAMBUNGAN RUKUN ISLAM KEDUA NANTI..ADIOS AMIGOS

.

Saturday 15 December 2012

Rukun Islam

Rukun Islam itu ialah,

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Menunaikan haji di Mekah.

Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.

                 (AKAN BERSAMBUNG PERBAHASAN RUKUN ISLAM SIRI 2)